BM-B ULASAN-(Cara-cara menjaga alam sekitar)
BAHAGIAN B: Ulasan
Topik - Cara-cara menjaga alam sekitar
Hujah :
Menanam pokok-pokok bunga
Mengadakan Kempen Kitar Semula
Menguruskan 处理 sisa pembuangan 废料
Berkongsi kereta
Mengadakan aktiviti gotong-royong
Gambar tersebut menunjukkan cara-cara menjaga alam sekitar. Terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan bagi menjaga alam sekitar.
Antaranya, kita haruslah menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah untuk menghijaukan persekitaran. Seterusnya, kita perlulah mengadakan Kempen Kitar Semula bagi meningkatkan kesedaran kepentingan alam sekitar. Di samping itu, kita mestilah memastikan sisa pembuangan diuruskan dengan cekap oleh pihak berkuasa. Selain itu, kita wajarlah berkongsi kereta dengan kawan bagi mengurangkan pencemaran udara. Akhir sekali, kita hendaklah mengadakan aktiviti gotong-royong dengan penduduk kampung setiap bulan supaya kita dapat hidup dalam kawasan yang selesa.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mengamalkan cara-cara menjaga alam sekitar. Sayangi alam, tanggungjawab kita.
Comments
Post a Comment