KARANGAN - KARANGAN AUTOBIOGRAFI
KARANGAN AUTOBIOGRAFI
Contoh Karangan Autobiografi
Tulis karang yang bertajuk “Aku Sebuah Kereta”. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
Aku bernama Proton Wira. Tubuhku
berwarna biru berkilat. Aku dicipta dan disempurnakan di sebuah kilang kereta
di Shah Alam. Kawan-kawan aku juga dikeluarkan di kilang ini. Kami terdiri daripada
pelbagai bentuk dan warna.
Tubuhku dibuat daripada besi yang bermutu manakala enjinku yang
unik direka oleh seorang pakar. Bentukku menarik dan setanding dengan kereta
mewah yang lain. Aku berasa megah kerana memiliki tubuh yang menarik dan
diminati oleh banyak orang.
Setelah tubuhku dilengkapi dengan pelbagai alat dan kemudahan. Aku
dan kawan-kawan telah dipandu uji. Setelah lulus, kami dihantar kepada
agen-agen menjual kereta di seluruh Malaysia. Ada yang juga diantara kami yang
dihantar ke luar Negara.
Aku pula dihantar ke sebuah agen menjual kereta di Kota Kinabalu,
Sabah. Setibanya aku disan, aku dipamerkan dibahagian hadapan kedai itu. Hal
ini mungkin untuk menarikperhatian manusia yang ingin memiliki kereta.
Tidak lama kemudian, aku dibeli oleh seorang guru perempuan. Aku
dipandu ke mana-mana sahaja dia pergi. Aku sentiasa dijaga, dibersihkan serta
dikilatkan. Tuanku sentiasa memuji kebolehan dan perkhidmatanku yang tidak
pernah menyusahkannya.
Begitulah perjalanan hidupku sehari-hari. Aku gembira kerana
mempunyai tuan yang sentiasa mengambil berat dan menjagaku dengan baik.
Comments
Post a Comment